Khasiat Papaya                               
MENGAPA PELAJAR SUKA TIDUR DALAM KELAS ?
ENGAPA BAHASA INGGERIS
 

Nilai Estetika                                 
Mengapa TV NASA                      
Air Dan Gula                                 

DAUN DAN BATANG BUAH PAPAYA

Buah betik atau papaya sangat enak dan mempunyai khasiat yang besar. Pokoknya mudah ditanam. Buahnya manis. Apa yang kita tidak tahu ialah daun betik boleh digunakan untuk mengubati penyakit demam denggi dan barah. Kajian telah dibuat di Barat mengenai daunnya. Daun betik direbus dan airnya diminum untuk mengubati denggi. Demikian juga dengan penyakit cancer. Untuk pengetahuan seterusnya silalah masuk ke laman web dan taip papaya leaf untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Kita berharap semua pelajar dapat menanam pokok betik di rumah masing-masing kerana nilai perubatannya. Ia boleh menyelamat jiwa anda. Di sekolah kita tanaman ini tidak dikecualikan.

MENGAPA PELAJAR SUKA TIDUR DALAM KELAS ?

Ramai guru yang mengeluh kerana sesetengah pelajar suka tidur di dalam kelas. Waris akan hairan mengapa guru membiarkan murid tidur lalu meletakkan kesalahan kepada guru. Persoalannya ialah apakah yang waris mahu guru lakukan ? Kalau pada zaman dahulu pelajar yang tidak berdisiplin akan menerima denda yang berat, tetapi pada hari ini waris tidak mahu anak mereka didera. Apa lagi dengan pelbagai peraturan baharu kerajaan. Untuk mengelak daripada sebarang risiko guru terus mengajar pelajar yang tidak tidur.

Siapakah yang rugi ? Tidur di dalam kelas adalah satu kerugian walaupun amalan itu adalah baik jika ia dilakukan pada waktu dan di tempat yang sesuai. Waktu tidur adalah pada malam hari di sekitar pukul sepuluh hingga enam pagi. Yang mendapat kerugian ialah pelajar bukan guru.

Salah satu sebab seseorang itu rasa mengantuk ialah tidur lewat selaian daripada penyakit. Namun ada pelajar yang tidur kerana tidak berminat untuk belajar.

Jika ada pelajar yang berniaga sehingga awal pagi kerana mencari rezeki, perkara ini bolehlah diteliti oleh seklah dan Kementerian Pelajaran. Tetapi terdapat juga pelajar yang suka merayau pada waktu malam sehingga pagi melakukan perkara-perkara yang dianggap buruk oleh anggota masyarakat. Inilah yang amat membimbangkan.

Salah satu sikap yang baik dan mudah diamali ialah 'suka berfikir'. Pelajar hendaklah berfikir di dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan, dan cuba berfikir masa hadapan. Fikir apa yang belum berlaku. Antara yang belum berlaku ke atas diri pelajar ialah setiap orang akan menjadi dewasa dan beranak isteri. Bayangkan anak anda malas belajar, tidak dengar nasihat anda dan suka tidur di dalam kelas. Adakah itu boleh menjadi satu kebanggan anda ?

Jika anda mahu anak-anak anda berjaya, guru dan ibu-bapa anda juga mahu anda berjaya. Baru-baru ini beberapa orang memberitahu penulis, "Anak saya dapat 7 

A..." Wajah gembira jelas kelihatan di muka mereka. Dan inilah yang seharusnya semua pelajar kejarkan. FIKIRLAH.

( Gambar-gambar menunjukkan orang tidur di laluan awam)

ATAS

MENGAPA BAHASA INGGERIS

Beberapa syarikat swasta langsung tidak memanggil temuduga pelajar sesetengah Institut Pengajian Tinggi kerana dikatakan tidak berkemampuan berbahasa Inggeris. Lulusan IPTA tersebut terpaksa bergantung kepada agensi Kerajaan atau syarikat-syarikat bumiputera yang tidak memerlukannya. Sikap terhadap bahasa Inggeris dipengaruhi dengan perasaan nasionalisme atau semangat kebangsaan.

Segan dan malu untuk bertutur di dalam bahasa ini ialah kerana bimbangkan comohan dari orang ramai dan rakan sejawat. Kebimbangan itu pasti sekali membawa kerugian kerana ianya boleh menghalan masa depan kita.

Seseorang yang benci kepada bahasa Barat lupa bahawa kehidupannya dilumuri dan diselubungi dengan kebaratan. Dia menggunakan ciptaan-ciptaan dan teknologi Barat setiap masa, membeli TV dan kereta, mesin basuh dan peti sejuk. Semua itu adalah hasil rekaan Barat walaupun dibuat oleh Jepun. Pakaian dan makanan Barat kadangkala menjadi kegemaran. Malahan dia lupa bahawa di mesjid-mesjid juga ciptaan Barat digunakan.

Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak boleh menjadikan seseorang itu orang Inggeris. Kulitnya tidak akan berubah warna. Sebagai seorang pelajar adalah wajar berlatih berbahasa Inggeris di sekolah atau di rumah. Bersembanglah pada waktu menunggu bas, perjalanan pulang, di kantin atau di dalam perbualan telefon. Cukuplah jika amalan ini dilakukan dengan rakan sejawat dan guru bahasa Inggeris sahaja.

Selain daripada bercakap seseorang pelajar hendaklah rajin menulis karangan di dalam bahasa ini. Karangan ini bukanlah untuk guru atau sesiapa. Pada kali yang lain baca semula apa yang ditulis. Kadangkala kita akan merasai apa yang ditulis itu bersalahan nahunya. Kesedaran itu datang secara automatik.

Sekolah-sekolah biasanya menggalakkan pelajar membaca akhbar kerana ia adalah bahan bacaan yang paling murah dan mengandungi maklumat terkini. Membeli akhbar di sekolah adalah jauh lebih murah dari kedai. Pembelian individu adalah lebih baik dari secara berkongsi. Ia boleh dibawa pulang ke rumah. Jika ibu bapa juga ikut membaca akhbar Inggeris ia amatlah menjimatkan.

Perjuangan untuk memertabatkan bahasa Kebangsaan harus diteruskan. Secara rasmi dan di dalam urusan rasmi gunalah bahasa Kebangsaan. Bahasa-bahasa lain yang dipelajari adalah perkakasan tambahan bagi penyediaan hidup apabila kita masuk ke alam pekerjaan. Bukan sahaja bahasa Inggeris, kita juga boleh belajar bahasa-bahasa lain apabila kita sudah stabil di dalam pekerjaan kelak.

Kita belajar bahasa Inggeris sejak dari darjah satu. Di dalam tingkatan lima kita seharusnya sudah menjadi mahir. Tetapi kita masih berangkak. Cuba anda fikirkan tentang pelajar kita yang pernah dipilih untuk mengikuti kursus di Jepun dan Korea, mereka boleh berbahasa tersebut sehingga di peringkat universiri. Persoalannya mengapakah kemahiran ini boleh diperolehi di dalam jangka waktu yang singkat ?

Jawapannya ialah ia terletak pada kehendak dan daya usaha.

ATAS

NILAI ESTETIKA

NILAI ESTETIKA - Di dalam jiwa kita terdapat satu sensasi di mana kita suka kepada keindahan, kecantikan dan bunyi atau suara yang lembut dan manis. Sebab itu seseorang lelaki mudah terpukau apabila melihat wajah seorang perempuan yang cantik dan sebaliknya kaum Hawa tertarik dengan lelaki yang kacak. Manusia juga pergi berkelah dan melapangkan masa di tempat-tempat yang berpandangan indah, udara yang nyaman dan loasi yang membawa ketenteraman. Belum ada manusia yang pergi berihat di tengah-tengah semak samun.

Kawasan sekolah dan bilik darjah yang indah membawa ketenteraman dan boleh membentuk jiwa kita. Jiwa akan tenang dan tenteram apabila kita melihat alam sekitar yang bersih dan menarik. Kita rasa puas hati dan puas di dada. Sebab itulah kita selalu laong-laongkan slogan 'jaga kebersihan sekolah anda'. Mengindahkan kelas dan kawasan sekolah bukanlah dilakukan sekadar apabila tibanya musim pertandingan. Ia adalah perkara yang baik dilakukan setiap masa, bukan untuk pertandingan, bukan untuk hendak memuaskan hati Pengetua dan bukan kerana takutkan arahan. Itu semua adalah untuk diri kita dan kitalah yang akan menikmatinya. Ia adalah makanan rohani

Selain dari kawasan sekolah, kita mesti sedar bahawa tandas adalah satu tempat yang sangat penting bagi kita semua. Tandas ialah 'rumah nimat' yang memberi nikmat setiap hari. Ia bukanlah suatu tempat yang jijik dan tidak boleh disebut-sebut. Cuba anda bayangkan anda hendak membuang air, anda akan tergesa-gesa mencari tempatnya. Di tengah-tengah kota anda tidak dapat membuka seluar dan bertinggung untuk menjalankan kewajipan. dan di sekolah jika tidak ada tandas dan panggilan semulajadi memuncak...tidak ada tandas.

Andaikata tandasnya ada tetapi dipenuhi dengan najis-najis di sana sini dan mangkonya tersumbat. Anda boleh bayangkan betapakah siksanya jiwa, sanubari dan bahagian berkenaan.

Sebab itu kita kena memberi penghormatan pada tandas, menjaganya supaya tidak tersumbat dan memberikan nilai supaya ia nampak menarik dan cantik. Tandas bukan sahaja tempat yang indah tetapi juga tempat yang memberi nikmat hidup kepada kita.

Memelihara sekolah dan membinanya sebagai sebuah sekolah yang cantik dan menarik adalah tanggungjawab kita semua.

 

 

 

MENGAPA TV NASA ?

Di laman web kita terdapat TV NASA di sebelah atas. Anda akan menikmatinya jika anda menggunakan streamyx yang laju. Jika terdapat pelancaran roket atau shuttle ke sana ia akan disiarkan secara langsung  dari stesen angka lepas ISS yang Dr Mudzaffar Shah pernah sampai.

Angkasa lepas adalah lebih tinggi dari gunung. Di situlah anda perlu meletakkan cita-cita anda. Jika orang lain boleh sampai ke sana mengapa anda tidak boleh. Setiap orang pelajar mesti mempunyai cita-cita yang tinggi dan sentiasa berusaha ke arah itu.

Jika anda berada di sana dan melihat di persekitaran anda, anda akan melihat akan kekayaan Allah dan akan merasai kebesaran Tuhan. Manusia adalah  kerdil dan lemah di dalam segala-galanya. Manusia tidak perlu menjadi angkuh.

NASA TV menanam semangat kepada anak-anak Amerika supaya tekun belajar dan mempunyai cita-cita tinggi selaian daripada mengajar ilmu-ilmu fizik, matematik dan kimia. Kanak-kanak darjah 4 dibawa untuk bertemuramah dengan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Anda mesti tahu bahawa ada anak-anak Malaysia yang pernah bekerja dengan syarikat membuat pesawat ke angkasa lepas di Amerika. Kita bukan tidak berkemampuan, kita perlu menanam semangat dan cita-cita tinggi, jauh lebih tinggi dari gunung, menuju ke angkasa lepas.

ATAS

AIR DAN GULA

Anda guna internet untuk apa ? cuba baca maklumat-maklumat tentang sains dan teknologi, baca tentang 'How Things Work ?" Insya Allah anda akan menjadi seorang yang berpengetahuan. Ia adalah lebih baik dari sembang merapu.

ATAS