SIAPAKAH YANG MEMBUAT PONDOK JAGA ? Pelajar BB dalam tahun 1980'an. Bahagian-bahagian/projek-projek pelajar adalah seperti tersebut:

1. Laluan dari PPU ke Kantin dan dari PPU ke asrama puteri - KFL
2. Kantin tambahan di antara kantin hingga ke asrama - KFL
3. Pondok-pondok rehat kayu di bahagian hadapan sekolah, BB dan Auto dan di tepi makmal komputer - BB
4. Sebahagian daripada tempat letak kereta guru behampiran pondok jaga  - BB
5. Kerusi-meja tempat rehat di beberapa tempat - KFL
6. Pondok rehat di asrama puteri - KFL
7. Pintu masuk bahagian pondok jaga - KFL
8. Logo sekolah di luar kawasan berhampiran pondok jaga - KFL ABM
9. Arca-arca sekolah - Semua terlibat

DATA PERIBADI ANDA - Sekolah-sekolah lain mungkin memaparkan data peribadi guru tetapi kita berpendapat paparan data peribadi guru dan pelajar adalah tidak sesuai. Semua data peribadi anda terdapat di dalam pangkalan data. Data peribadi pelajar yang berkaitan dengan KP, alamat dan tingkatan sahaja yang disiarkan pada ruangan Pelajar Lama. Almni sekolah digalakkan memasukkan data-data ini secara sukarela untuk rujukan sahabat handai dan rakan sejawat lama yang kian berpisah. Bagi guru-guru kita tidak mahu membezakan di antara siswazah dan bkan siswazah, guru yang pernah mendapat latihan luar negara dan yang tidak pernah mendapat peluang tersebut. Oleh itu anda harus faham mengapa kita tidak menyiarkan maklumat guru sepenuhnya.

DATA ANDA

Data terpenting anda ialah keputusan peperiksaan. Terdapat beberapa yang lain lagi yang akan disebutkan nanti. Bagaimanakah data ini disimpan di laman web ?

Setelah peperiksaan guru-guru tingkatan akan memasukkan markah ke dalam komputer melalui sebuah program bernama masmarkah. Setelah selesai semuanya ianya diproses bagi mendapatkan analisis. Bagi tingkatan 4 nama fail ialah SPMB.MDB dan bagi tingkatan lima ialah SPMA.MDB . MDB ialah fail microsoft access.

Di dalam program masmarkah terdapat satu menu bertajuk Web. Dengan menekan butang ini data diproses sekali lagi untuk disesuaikan dengan paparan web dan hasilnya ialah dengan nama baharu. Kedua-dua fail ini dimasukkan ke dalam server. Untuk mengeluarkannya semula seseorang pelajar atau waris perlu masukkan nombor kad pengenalan dan mengklik butang. Nombor yang dimasukkan itu akan mencari data dari dalam pangkalan data markah, dan memaparkannya. Bagi menyimpanya untuk masa akan datang ia akan dinamakan seperti fail0208 bermaksud fail bulan 2 tahun 008. Program untuk ini belum ditulis lagi. Ia tidak akan memakan masa bagi menyelesaikannya.

Kita juga mempunyai pangkalan data pelajar yang kita ringkaskan pada nama, tingkatan dan KP sahaja untuk paparan hari jadi. Data ini perlu dikemaskinikan setiap kali masuknya pelajar baharu. Kita harap orang yang bertugas akan menyediakan data yang betul dan lengkap, tidak sepertimana data sekarang yang kad pengenalannya tidak betul.

Satu lagi pangkalan data ialah pangkalan data para pelajar 1986 - 2000 dan sedang dikemaskinikan sehingga 2008. Pada 2001 sekolah tidak mempunyai pangkalan data berkomputer sehinga beberapa tahun berikutnya. Tujuannya ialah para alumni dapat melihat kembali rakan-rakan mereka dan mungkin akan cuba mencari mereka bagi satu-satu tujuan.

Dan yang terakhir hendak disebutkan di sini ialah pangkalan data am yang terletak di bawah tajuk pangkalan data/database. Anda dapat mencari lokasinya. Cuba taip nama atau KP sesiapa dan pelbagai lagi. Seuatu akan muncul.

Di dalam web ini juga ada diadakan ruangan surat menyurat. Oleh sebab webmaster bukan seorang yang mahir dan tidak tahu menahu sistem e-mail, maka kita juga mengadakannya secara yang kita boleh gunakan. Bagi menghantar surat kita perlu masukkan nama, kp dan beberapa perkara lain dan kemudian menaip teks. Jika anda tidak mahu memasukkan KP anda boleh masukkan sebarang kod asalkan penerimanya tahu kod tersebut. Penerima mesti memasukkan Kp atau kodnya bagi melihat suratnya. paparan surat ini menarik dan mudah. Ia tidak seperti e-mel biasa. Sila cuba hantarkan mail pada rakan-rakan anda. Jika penerima menerima 5 atau 6 mel, dia hanya perlu mengeklik tajuk berkaitan dan paparannya akan muncul di sebelah kanan.

Malangnya fail attachment terpaksa dihantar dua kali. Kali pertama ialah menulis nama fail. Kali kedua ialah dengan menghantar lokasi dan nama fail. Fail-fail attachment akan disimpan di dalam satu folder khas. Kandungan e-mel dan nama attacent akan disimpan di dalam pangkalan data juga.

Boleh dikatakan lebih dari 50% sistem laman web ini menggunakan pangkalan data termasuk pengumuman Pengetua.

Dengan portal atau web page percuma mungkin kita tidak bebas menggunakan pelbagai jenis pangkalan data yang akan makin berkembang. Sudahpun dicubai bahawa web page kita dapat menyimpan pangkalan data jari biometric.

Pihak sekolah sedang memikirkan sama ada pangkalan data tingkah laku pelajar yang banyak membuat kesalahan hendak dimasukkan untuk tatapan waris. Tentulah para pelajar tidak suka. Pada pendapat saya soal tidak suka bukanlah menjadi masalah. Yang pentingnya ialah pelajar hendaklah berjanji kepada diri sendiri, ibu-bapa, dan sekolah untuk menjaga imej waris, diri sendiri dan sekolah dan dapat mendisiplin diri. Jika disiplin bukan menjadi masalah, maka pangkalan data ini tidak perlu.