Untuk melihat wajah dengan jelas, sila klik gambar berkenaan
561201025870.jpg (152888 bytes) 530807025435.jpg (139066 bytes)

671118025842.jpg (157605 bytes)

850714025084.jpg (142196 bytes) 661220025532.jpg (141934 bytes) 691231025279.jpg (132340 bytes)
Kaki Tangan
770716025942.jpg (137119 bytes)

Juruteknik KOmputer

Juruteknik

801107025030.jpg (148827 bytes)661027106170.jpg (133955 bytes)

Makmal Sains

580412025647.jpg (129125 bytes)660426025875.jpg (137982 bytes)580927075205.jpg (123431 bytes)630301025890.jpg (141769 bytes)621003025513.jpg (133670 bytes)

Asrama

691012025279.jpg (128236 bytes)560907025683.jpg (132345 bytes)
Pemandu

700222025519.jpg (145371 bytes)

Perpustakaan

                                                                                                                                                                                                                

19/11/2009 (Rabu) - Siti Zahrah dan Norazlinda akan berpindah ke tempat kerja yang baharu. Siti Zahrah akan ke SM Agama Titi Gajah dan Norazlinda ke Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Norazlinda berpindah kerana naik pangkat. Pengganti Zahrah ialah Rosnani bt Ismail dari SM Sains Pokok Sena. kepada yang bertukar diucapkan selamat maju jaya.

JANGAN KEDEKUT TENAGA - Bantu membantu di antara kaki tangan memberi menfaat yang besar. Jika anda mempunyai masa yang lapang eloklah meminta kerja dari rakan atau melihatnya melaksanakan sesuatu kerja. Bekas juruteknik sekolah, Zubaidah mahmud, boleh di dalam perakaunan, stok, pentadbiran dan segalanya. Bekas pemandu sekolah Encik Osman Musa juga boleh melakkan pelbagai perkara. 

Pengetahuan yang diperolehi menngkatkan lagi nlai diri, menjadikan seseorang itu lebih berketeramplan dan fleksibel. beberapa orang bekas jurutaip lulus di dalam temuduga dan dapat kenaikan pangkat ke aras yang lebih baik. 

Tetapi hendaklah kerja itu berpusing, maksudnya kita ubah dari satu jenis ke satu jenis dalam satu jangka waktu yang kita tetapkan sendiri. Bulan ini kita bantu di dalam perkiraan buku vot, bulan lain di dalam urusan pelajar. Kalau kita bimbang akan kerosakan berlaku, cukuplah dengan bantuan secara lain. Asalkan kita ambil tahu. Cerita di bawah adalah benar:

Ada sebuah syarikat di mana seorang budak pejabat yang rajin bekerja. Pada waktu pagi dia membuka syarikat, menyapu sampah dan mengemas kerusi meja. Dia membantu dalam menaip dan segala kerja yang disuruh. Akhirnya dia tahu semua kerja yang dijalankan di situ. Kerosakan mesin-mesinpun dipulihkannya juga. 

Pada satu ketika Syarikat tersebut hendak membuka cawangan di suatu lokasi yang lain. Budak pejabat ini dipilih sebagai Pengurus. Dengan kelulusan PMR dia mendapat gaji di sekitar RM3000 dan bossnya juga mendapat keuntungan.

Sikap orang Barat bekerja adalah sedikit berbeza dengan masyarakat di sini. Sewaktu rehat, kita suruh orang datang kembali apabila pejabat buka nanti. Tetapi di sana mana-mana kaki tangan yang ada sedia membantu dan melayani pelanggan walaupun kerja itu bkan kerjanya. Cuba anda fikirkan anda mempunyai satu urusan yang amat penting di sesebuah pejabat dan apabila anda sampai di sana, anda diberitahu supaya datang 3 bulan kemudian kerana 'kerani berkenaan berkursus  bulan'.

Selaian daripada yang disebut di atas seseorang itu hendaklah mengambil berat dan menjaga harta benda sekolah supaya ianya tidak rosak. Ada di antaranya yang mahal harganya. Yang mana kena tudung, kita tudung. Yang mana kena cuci, kita uci. Lakukannya bukan dengan arahan. Ingatlah wang kerajaan adalah wang semua orang.

Beberapa orang kaki tangan bukan guru sudah kembali ke Rahmatullah. Ada pada waktu usia yang masih muda. Yang agak lama tinggal di sini ialah Ahmad Saad, Khalid Yob, Romlai, Pozi, Pauziah, Asma, Zahrah, Riadzuddin, Jamaliah, Samiah, Azizan dan Haslinda. Kaki tangan di bawah kategori Pekerja Am berpindah sekolah seorang demi seorang apabila sistem penswastaan diperkenalkan. Di sekolah ini kumpulan ini telah membawa beberapa kejayaan di peringkat daerah dan Kebangsaan dari segi keceriaan. mereka bekerja sendiri tanpa penyeliaan Pengetua dan telah membawa sekolah ke tahap yang membanggakan sehingga sekolah dijadikan sebagai bench mark.

Kaki tangan bukan guru adalah nadi sekolah. Mereka adalah satu kumpulan yang sangat penting dan patut dihargai oleh semua. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerja sama dan bantuan yang diberi selama ini.

KAKITANGAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA - Beberapa kakitangan sekolah telah pulang ke Rahmatullah. Antaranya ialah Ahmad Zainee, Zainon, Shaari, Mohd Shukri, Hindun, Nor Azmah dan Zurinah. Semua yang disebut ini adalah sangat cemerlang di dalam kerjaya masing-masing dan sentiasa mendapat kepujian Pengetua mereka. Hindun meninggal dunia selepas sahaja berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur. Yang lain-lain meninggal sewaktu masih bertugas. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JURU TEKNIK