|
Lokasi Sekolah Kami

Sekolah
Menengah Vokasional Alor Setar dibuka pada 1973 dengan meminjam
tempat di SM Teknik Lebuh Raya. Pada tahun 1976 baharu ia
dipindahkan ke Kompleks Pendidikan Alor Malai di Jalan Stadium. Pada
masa itu di kawasan ini Jabatan Pelajaran, Sekolah Menengah Darul
Aman dan beberapa bangunan yang lain belum ada. Hanya beberapa
kursus sahaja yang ditawarkan dan format pengajian juga berubah.
Pada masa itu waktu belajar dari pagi hingga ke pukul 6.30 petang.
Sukatan Pelajaran juga berubah. Pelajar menduduki peperiksaan SPMV
yang mempunyai syarat kelulusan yang amat sukar. Pengetua pertama
ialah Encik Mohd. Dom bin Yunus.
Pada tahun 1982
sistem pelajaran berubah. Waktu belajar juga dipendekkan. Pelajar
hanya pulang pada waktu 02.30 petang. Pelajar mengambil mata-mata
pelajaran yang sama dengan sekolah akademik biasa di samping
mata-mata pelajaran vokasional. Nama peperiksaan berubah dari SPVM
kepada SPMV. Perubahan ini telah menghasil peningkatan cemerlang di
semua sekolah vokasional.
Di samping
latihan vokasional juga dimasukkan kursus kemahiran yang di bawah
Majlis Latihan Vokasonal Kebangsaan. Kursus MLVK lebih banak
kerja-kerja amali dan pelajar tidak menduduki peperiksaan mata
pelajaran akademik.
Pada tahun
1990'an sekolah-sekolah vokasional temasuk sekolah ini diubah
menjadi sekolah teknik. Pada peringkat awal semua pelajaran
vokasional hnedak dibuang. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu
pelajaran vokasional dikekalkan. Tetapi pada tahun 2009 nama sekolah
betukar semula ke nama asal dan semua pelajaran teknik akan
dibubarkan.
SENARAI PENGETUA
1. En Mohd Dom bin Yunoss
(1973-1977),
2. En Abdul Wahid bin Ahmad
(1978-1979),
3. En Abdul Rahman bin Abd
Raof (1980-1999),
4. Tn. Hj. Ismail bin Hj.
Saari (2000-2004),
5. En Mustafa bin Abd Hamid
(2004-2006)
6. Tn Hj Sulaiman bin Md Zain
(2006-sekarang).
|