|
Rompak
bank secara maya
Oleh
Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my
AMAT
menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalam akaun bank
hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-gara kegiatan
jenayah siber melalui perbuatan jahat mereka bergelar 'phishing'.
Mereka menggunakan kaedah menipu orang ramai dengan menghantar e-mel
kononnya ingin memaklumkan kepada pemegang akaun agar memperbaharui akaun
dengan mengesahkan e-mel dihantar.
Kegiatan
phishing ini mampu mengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka
menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar dari pihak bank secara
sah.
Ia akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun
serta kata laluan atau mengklik alamat URL disediakan bagaikan transaksi
biasa dilakukan melalui perbankan 'online'.
Namun tanpa disedari perbuatan itu mampu menyebabkan wang dalam akaun
hilang sekelip mata tanpa pengguna mengesan ke mana wang itu dipindahkan.
Bukan satu atau dua bank tempatan yang terbabit, malah hampir semua bank
yang menyediakan perkhidmatan online tidak lari dari sasaran penipuan
phishing apabila terdapat e-mel yang dihantar kepada pelanggan mereka
Penyebaran e-mel sedemikian yang meminta pelanggan bank itu memberikan
maklumat penting menerusi program mengemaskini maklumat pemalsuan akaun
bank.
E-mel yang disebar itu meminta pengguna memasukkan kata nama dan kata
kunci akaun perbankan dalam talian bank atas alasan mengemas kini maklumat
pelanggan bagi.
Malah terdapat satu lagi e-mel yang meminta pelanggan mengemaskini data
peribadi atas alasan penukaran sistem keselamatan baru kononnya digelar
PP20 bagi melindungi pelanggan.
Bagi meyakinkan pengguna, perbuatan jahat ini diteruskan dengan penyertaan
tandatangan bank terbabit di bahagian bawah e-mel.
Sumber dalaman bank terbabit mengingatkan pelanggannya supaya berhati-hati
dengan sebarang e-mel mencurigakan yang meminta mereka melayari URL
tertentu dan meminta memasukkan maklumat penting seperti kata nama dan
kata kunci.
Katanya, tiada satu bank pun di
Malaysia
yang meminta pelanggan mereka membuat pengesahan akaun melalui
penghantaran e-mel atas faktor keselamatan.
Selain itu, sumber bank terbabit mengesahkan e-mel itu seperti itu adalah
cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menceroboh maklumat penting
pelanggannya.
Beliau berkata, pelanggan perlu berhati-hati dengan e-mel mencurigakan
sedemikian yang biasanya disebarkan atas tujuan mengemaskini maklumat
pelanggan.
"Kami menegaskan bahawa bank tidak akan menghantar sebarang e-mel
yang meminta pelanggan memberikan maklumat perbankan peribadi. Jika terima,
terus abaikan," katanya.
Malah, beliau menasihatkan pelanggan supaya tidak melayari URL yang
terkandung dalam e-mel berkenaan, sebaliknya menaip alamat URL bank secara
terus jika mahu mengakses laman web perbankan online.
Kegiatan phishing bukan perkara baru yang termasuk dalam kategori jenayah
siber mengundang masalah di seluruh dunia.
Dalam pengkomputeran, phishing disifatkan satu cubaan jenayah serta
penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif melalui perhubungan
elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit
dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.
Laman web e-Bay, PayPal serta perbankan online antara mangsa yang sering
kali menjadi sasaran.
Phishing selalunya dilakukan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS)
dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web
tertentu.
Antara cubaan untuk mengatasi kejadian phishing yang semakin meningkat
termasuklah penguatkuasaan undang-undang, latihan untuk pengguna,
kesedaran umum, serta langkah teknikal yang dijalankan melalui kawalan
keselamatan lebih ketat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity
Malaysia
, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri, berkata phishing adalah penipuan
paling popular selain penipuan loteri, pelaburan Internet, pembohongan dan
skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan
maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.
"Pengguna internet perlu sentiasa berhati-hati ketika memberi
maklumat peribadi dalam laman web, e-mel, sistem mesej segera, bilik bual
atau pada papan mesej untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
"Antara tindakan yang boleh diambil pengguna adalah dengan
menggunakan perisian antivirus, antispyware dan firewall selain sentiasa
memastikan perisian itu dikemaskinikan," katanya.
Dalam pada itu, syarikat kawalan keselamatan online, F-Secure menasihatkan
orang ramai agar tidak tertipu dengan kegiatan phishing dengan mengambil
10 langkah asas bagi melindungi maklumat peribadi dari bocor di tangan
pihak tidak bertanggungjawab.
Pengurus Tindak Balas Keselamatannya, Chia Wing Fei, menggariskan 10
langkah bagi membendung kegiatan phishing termasuk:
1. Sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel mendakwa mereka dari pihak
bank kerana bank tidak pernah menghantar e-mel kepada pelanggan.
2. Taip alamat URL bank secara manual dan bukannya dari pautan diberikan
melalui e-mel phishing.
3. Lihat alamat https:// di ruang carian URL serta bentuk bumi di bahagian
bawah ikon carian memastikan maklumat dihantar adalah selamat.
4. Semak ketulenan laman web dengan mengklik sebanyak dua kali ke atas
ikon itu, ia akan memaklumkan sama ada laman web dikunjungi selamat atau
tidak.
5. Untuk perbankan online, kebanyakan bank membekalkan mekanisme
pengesahan seperti kod transaksi SMS atau kata laluan yang berlainan.
6. Pindah turun perlindungan online ke atas komputer anda dan kerap
perbaharui maklumat.
7. Pindah turun perlindungan dengan menghidupkan 'firewall' dan sentiasa
perbaharui perisian keselamatan untuk elakkan kecurian kata laluan.
Latih
Tubi Soalan Hadis Kefahaman
BH PILIH S14 22 emel (Oleh
M. Syammil)
(BIL
309)
22
- 28 Ogos 2007 Islam
BH
PILIH S14 22 emel
Daripada
Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya
Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku,
Aku
isytiharkan perang ke atasnya. Tiada amalan untuk mendekatkan
diri
kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain daripada amalan
yang
Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada Aku
de
ngan sentiasa melakukan amalan sunat (di samping amalanamalan
wajib)
Aku lebih mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya,
pendengarannya,
penglihatannya, tangannya yang digunakan
untuk
memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya
berdasarkan
keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta
kepada-Ku,
Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon
perlindungan-Ku,
Aku akan me lindunginya.
1.
Apakah maksud wali?
Jawapan:
Wali
ialah manusia biasa yang beriman dan bertakwa, beristiqamah
melaksanakan
segala perintah Allah S.W.T. serta menjauhkan
segala
larangan secara zahir dan batin.
2.
Nyatakan dua
perbezaan
antara wali dengan Rasul?
Jawapan:
Wali
Allah Rasul
i.
Terdedah kepada dosa
dan
maksiat
ii.
Tidak dikurniakan mukjizat
i.
Maksum
ii.
Memiliki mukjizat
3.
Jelaskan tiga
ciri
wali Allah?
Jawapan:
Tiga
ciri wali Allah ialah:
i.
Berilmu pengetahuan tinggi.
ii.
Beramal dengan ilmu.
iii.
Berakhlak mulia.
4.
Nyatakan amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri
kepada
Allah S.W.T.?
Jawapan:
Amalan-amalan
sunat yang boleh mendekatkan diri kepada
Allah
S.W.T. ialah:
i.
Solat sunat. iii. Membaca al-Quran.
ii.
Puasa sunat. iv. Berzikir.
v.
Berdoa.
5.
Terangkan dua
kelebihan
melakukan ibadat nawafil?
Jawapan:
Dua
kelebihan melakukan ibadat nawafil ialah:
i.
Dikasihi Allah S.W.T. dan Rasul.
ii.
Diberkati hidupnya.
iii.
Allah S.W.T. memelihara segala anggotanya daripada
melakukan
perkara maksiat.
iv.
Allah S.W.T. memakbulkan doanya.
v.
Allah S.W.T. melindunginya daripada keburukan.
vi.
Allah S.W.T. memberi ganjaran pahala dan syurga.
vii.
Mengecapi nikmat beribadat.
TAJUK:
KEHIDUPAN MANUSIA IBARAT SEORANG
PERANTAU
Maksud
Hadis:
Daripada
Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang
bahuku
seraya bersabda: Jadikanlah diri kamu di atas dunia
ini
sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata:
Apabila
kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelang
TAJUK:
MAKANAN YANG BAIK
Maksud
Hadis:
Daripada
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya Rasulullah
s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima
melainkan
yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang
mukmin
dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul
dengan
firman-Nya: Wahai sekalian rasul! Makanlah makanan yang
baik
dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi:
Wahai
sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik
yang
telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan
seorang
lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya
dan
berdebu mukanya menghulurkan kedua-dua ta ngannya ke
langit
(berdoa) wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Pada hal makanannya
haram,
minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya
disuapkan
de ngan yang haram. Maka bagaimanakah akan
diperkenankan
doanya.
1.
Hadis di atas menjelaskan umat Islam diperintah supaya
makan
makanan yang halal dan dilarang makan makanan yang
haram.
Nyatakan tiga
ciri
makanan yang halal dan makanan
yang
haram.
Jawapan:
Tiga
ciri makanan yang halal ialah:
i.
Binatang yang halal dimakan dan disembelih terlebih dahulu.
ii.
Berkhasiat serta baik untuk pertumbuhan mental dan fizikal.
iii.
Sumber yang halal.
iv.
Tidak beracun.
v.
Suci dan bersih.
Tiga
ciri makanan yang haram ialah:
i.
Diperbuat daripada bahan yang haram.
ii.
Memudaratkan kesihatan.
iii.
Bahan makanan yang bercampur benda haram.
iv.
Boleh merosakkan akal.
2.
Nyatakan dua
kesan
ke atas pelajar yang makan makanan
haram.
Jawapan:
Dua
kesan ke atas pelajar yang makan makanan haram ialah:
i.
Doa tidak dimakbulkan.
ii.
Lambat memahami pelajaran.
iii.
Malas belajar.
iv.
Berterusan melakukan maksiat.
v.
Tidak khusyuk dalam melakukan ibadat.
3.
Terangkan dua
hikmah
menjauhi makanan dan minuman yang
haram.
Jawapan:
Dua
hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram ialah:
i.
Menjaga kesihatan badan.
ii.
Memelihara kewarasan akal.
iii.
Menjaga maruah diri.
iv.
Dimakbulkan doa.
v.
Mendapat pahala kerana mengikut sunnah.
vi.
Menjauhkan diri daripada seksaan neraka.
4.
Terangkan dua
hikmah
Islam mengharuskan makan
makanan
yang haram ketika darurat.
Jawapan:
Dua
hikmah Islam mengharuskan makan makanan yang haram
ketika
darurat ialah:
i.
Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai suatu yang
berharga.
ii.
Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk
menyelamatkan
nyawa.
iii.
Melambangkan bahawa ajaran Islam tidak membebankan
malah
memudahkan umatnya.
TAJUK:
ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
Maksud
Hadis:
waktu
pagi. Apabila kamu berada waktu pagi, janganlah tunggu
menjelang
waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa
kamu
sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup
untuk
persediaan matimu.
1.
Mengapakah Islam sangat menggalakkan umatnya
menyegerakan
segala urusan kehidupan?
Jawapan:
Islam
sangat menggalakkan umatnya menyegerakan segala
urusan
kehidupan kerana:
i.
Dimuliakan oleh Allah S.W.T. dan Rasul.
ii.
Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut
jadual.
iii.
Menyumbang ke arah kemajuan negara.
2.
Jelaskan dua
pengajaran
hadis?
Jawapan:
Dua
pengajaran hadis ialah:
i.
Tempoh kehidupam manusia di dunia adalah terlalu singkat
berbanding
kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
ii.
Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia
sebaik
mungkin.
iii.
Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan
kehidupan.
iv.
Seorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan
bijak.
3.
Terangkan teknik pengurusan masa secara efektif?
Jawapan:
Teknik
pengurusan masa secara efektif ialah:
i.
Merancang penggunaan masa.
ii.
Mengisi masa lapang dengan bijak.
iii.
Menentukan wawasan hidup.
TAJUK:
PERPADUAN ASAS KEMAJUAN
Maksud
Hadis:
Abu
Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Janganlah
kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan
benci-membenci,
jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di
atas
jualan orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
Orang
Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak
boleh
menzalimi, tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan, tidak
boleh
membohonginya dan memghina sesama Islam. Takwa itu di
sini,
kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali. Memadai
seseorang
itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya.
Setiap
orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah, harta dan
kehormatannya.
1.
Nyatakan dua akibat daripada perbuatan benci-membenci.
Jawapan:
Dua
akibat perbuatan tersebut ialah:
i.
Hidup dalam keadaan resah dan tidak tenteram.
ii.
Sanggup membunuh.
iii.
Sanggup melakukan fitnah, menghina dan menyakiti orang
lain.
2.
Terangkan langkah-langkah ke arah perpaduan?
Jawapan:
Langkah-langkah
ke arah perpaduan ialah:
i.
Memupuk kasih-sayang antara masyarakat.
ii.
Mengamalkan sikap tolong-menolong.
iii.
Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah
dan
budaya mereka.
iv.
Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan
masyarakat.
v.
Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi.
vi.
Menanamkan sikap sayangkan negara.
|